POTRET KASIH AYAH DAN MAK

Tuesday, May 4, 2010

KASIH AYAH




19 Disember 1990
Isteri tercinta kembali
mengadap Illahi
penuh redha dia melepaskan
walau dalam hati
tangisnya tiada siapa tahu

Dia yang membacakan Talqin di pusara
mengiringi pemergian isteri
Masih teringat kata-kata ayah kapada ku...
"Mak kau menunjukkan tanda dia akan meninggalkan kita,
semalam dia minta ampun dan mohon dihalalkan makan minum dari ayah"
...oh aku x dapat menerima kenyataan.

Pemergian mak pada malam itu..
kesemua anak dan cucu berada di sisi.
Ayah kehilangan teman
teman bercerita, teman berkongsi kisah anak-anak
mereka sentiasa makan bersama
Ayah kesepian...kesunyian
tapi anak-anak tidak faham

Sebagai tanda kasihnya
Lakaran ini dinukilkan
akan kusimpan
lestari kenangan.

Wednesday, April 14, 2010

MEMORI RINDU

lestari memori

















Rindu......
bertamu, bertapak di sanubari
26 tahaun yang lalu
di rumah ini....penuh keceriaan
majlis sambut menantu
majlis nikah
majlis sanding
anak bongsu mereka.

Sepi.....
suasana itu tiada lagi
namun.....memori indah itu
tetap bersemadi di hati.

Allah jua mencucuri rahmat
ke atas kedua ibu bapaku
Amin

Monday, March 29, 2010

GALERI AZZAHRA

Salam,

Official opening Galeri Azzahra 31 Mac 2010 sempena tarikh lahir putera kesayangan Eri dan nama laman sempena nama kedua-dua ayah dan mak. Az-Azizan, Zahra- Zaharah.